PESERTA


Peserta terbahagi kepada TIGA kategori:

A. Peserta Zon Tengah - Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang (atau peserta zon lain yang belum pernah mengikuti bengkel) perlu membayar yuran (RM50) untuk penyertaan dan penginapan berkongsi bilik sama ada secara tunai, kiriman wang, wang pos atau cek atas nama PERSATUAN PENULIS NASIONAL MALAYSIA

1. Peserta terbuka kepada penulis yang telah terbukti kemampuannya menghasilkan tulisan yang baik. Peserta boleh terdiri daripada penulis sastera dan penulis ilmiah atau biografi. Tidak hanya terhad kepada penulis kreatif.

2. Penulis yang berbakat tetapi belum menerbitkan karya mereka dalam bentuk buku juga boleh menyertai bengkel ini.

3. Peserta juga perlu membawa manuskrip baharu atau cadangan manuskrip masing-masing untuk diterbitkan.

4. Had umur peserta ialah 18 tahun ke atas.

5. Hanya warganegara Malaysia dibenarkan menyertai bengkel ini.

6. Tarikh tutup permohonan pada 26 September 2012.


B. Mantan peserta dari zon lain - Sabah, Sarawak, Utara, Selatan dan Timur, berpenginapan dan perlu membayar yuran (RM100) untuk penginapan berkongsi bilik sama ada secara tunai, kiriman wang, wang pos atau cek atas nama PERSATUAN PENULIS NASIONAL MALAYSIA.

1. Tertakluk kepada kekosongan yang ada.
2. Tarikh tutup permohonan pada 26 September 2012.


C. Peserta untuk slot taklimat sahaja (satu slot pada pagi Sabtu), percuma.

1. Terbuka kepada semua penulis

2. Hadir dalam satu sesi taklimat sahaja.

3. Tiada had umur.

4. Terbuka untuk semua bidang dan genre penulisan terutama yang ingin mengetahui peluang penerbitan dengan ITBM. Termasuk buku ilmiah.